Akaun Maybank2u Di”Block”?
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Adakah anda sering menggunakan perkhidmatan perbankan online terutamanya melalui Maybank2u.com.my? Contohnya seperti membayar bil elektrik, bil air, bil telefon dan sebagainya. Jika anda menggunakan perkhidmatan maybank2u, anda harus berhati-hati dengan email palsu yang mungkin akan anda terima.
Email yang dihantar, menyatakan bahawa akaun maybank anda telah diblock dan anda perlu lakukan sesuatu mengikut arahan yang diberikan. AWAS!!!Ini adalah trick penceroboh yang ingin menceroboh masuk ke akaun bank anda dan anda akan hilang segala-galanya. Lihatlah screenshot di bawah, itu di antara salah satu email yang saya terima.

Cuba anda perhatikan dengan teliti, domain yang digunakan oleh maybank ialah maybank2u.com.my dan ianya berbeza dengan email yang diterima yang mana ianya menggunakan domain (maybank2u.com) jika kita lakukan klik di sini, ianya akan membawa kita ke laman web yang lain. Perhatikan juga alamat penerima To:undisclosed-recipients…. sepatutnya di situ ialah alamat email saya iaitu To: hisham200275@yahoo.com Jika kita membuat penelitian, tidakkah ianya sesuatu yang meragukan?
Oleh itu,sama-samalah kita berhati-hati menggunakan kemudahan yang ada, jangan sampai kita tertipu. Penjenayah sentiasa mencari ruang untuk mengambil kesempatan di atas kelalaian kita. Semoga artikel ini memberi manafaat kepada pengunjung blog stylebiz4life.com


















