Archive

Archive for the ‘Blog’ Category

 Powered by Max Banner Ads 

Ebook Percuma (Panduan Mendapatkan Nama Domain)

December 13th, 2009 Hisham Ibrahim No comments

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Saya telah menyiapkan sebuah ebook yang bertajuk “Panduan Membeli Domain & Hosting”

Ebook ini adalah PERCUMA untuk sesiapa saja yang ingin mendapatkan nama domain sendiri

Anda boleh mendownloadnya di sini atau klik pada ecover di bawah

Ebook ini boleh disebarkan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan panduan membeli nama domain

Semoga ianya akan memberi manafaat kepada anda yang memerlukannya

Share/Save

Sudah-Sudahlah….

November 11th, 2009 Hisham Ibrahim No comments

Saudara-saudari pembaca yang amat saya hormati…

Kegagalan seseorang di dalam perniagaan internet biasanya hanya disalahkan kepada si gagal tersebut. Mereka dikatakan malas, tidak berusaha, tidak mahu keluarkan modal dan macam-macam lagi. Dalam satu keadaan, memang ia benar. NAMUN, adakah kesalahan itu langsung tidak dipikul oleh pihak lain?

Saya tergerak hati untuk menulis artikel ini kerana saya sudah teramat kecewa dengan produk-produk yang menjanjikan kemanisan yang terlampau. Saya akui, dahulu, saya ada mempromosikan beberapa produk tertentu. Namun kini, saya sedikit ‘tegas’ di dalam mempromosikan mana-mana produk panduan perniagaan internet atau buat duit.

Jika saya mahu merasai hasil komisen dengan mempromosikan produk-produk sebegitu, saya tidak perlu pun memikirkan kebajikan orang lain kerana ia bukan masalah saya. Janji saya senang, kenyang, happy, cukuplah. Peduli apa dengan orang lain. Tapi, saya tidak mahu begitu.

Setakat ini, saya telah mendapat beribu-ribu ringgit dengan hanya mempromosi produk orang lain sahaja. Pendapatan saya melalui program affiliate sahaja pun mencecah lima angka dan menjadi top affiliate bagi kebanyakan produk tersebut. Tapi, mengapa saya tidak terlalu tergila-gilakan wang dan kesenangan sendiri, sebaliknya sering memikirkan kebajikan orang lain?

…Jawapannya adalah tanggungjawab seorang Islam.

Saya tidak mengatakan semua produk tidak bagus atau Read more…

Share/Save

Categories: Blog Tags: , ,

Panduan Membeli Domain & Hosting

October 31st, 2009 Hisham Ibrahim No comments

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Pada post kali ini saya akan berkongsi pengalaman berkenaan dengan cara-cara untuk membeli nama domain dan hosting. Ramai di kalangan kita yang tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan domain dan hosting. Semoga dengan perkongsian ini, sedikit sebanyak dapat memberi impak yang baik kepada sesiapa yang ingin memiliki domain dan hosting sendiri. Ikutilah langkah-langkah di bawah:


Panduan ini adalah untuk membeli NAMA DOMAIN (Alamat) bersama dengan HOSTING (Kedai).Ada Pelbagai Sayrikat yang menyediakan perkhidmatan seumpama ini. Namun, saya mencadangkan dan menggalakkan anda membelinya dengan syarikat NetKL.com kerana support yang mereka berikan amat memuaskan.

Sebelum anda bermula, pastikan anda mempunyai modal sebanyak RM60.00 untuk membuat pembelian nama domain dan Hosting.

Sila ke laman web NetKL dahulu dan kemudian ikuti langkah demi langkah yang ditunjukkan di laman web Panduan Pembelian ini. Klik di sini untuk ke laman web NetKl.com.

Langkah 1: Pilih Pakej Hosting

Setelah anda memasuki laman web NetKL.com, anda akan dipaparkan dengan paparan seperti di bawah dan sila klik “Sign Up Now”:

Seterusnya anda akan dipaparkan dengan empat pilihan hosting yang perlu anda pilih. Sebagai permulaan, saya mencadangkan agar anda membeli Hosting Pakej Basic dahulu. Ia sudah memadai untuk permulaan. Kos untuk Pakej Basic adalah sebanyak RM60.00 setahun dan anda akan diberikan satu domain name percuma untuk selama-lamanya selagi anda renew hosting setiap tahun.sila klik button “OrderNow” .

Langkah 2: Menentukan Nama Domain
Anda akan dipaparkan dengan bahagian berikut:

Pilih I want NetKL Network to register a new domain for me:
Kemudian, masukkan nama domain yang anda mahu beli.

Sebagai contohnya, saya taip nama janarezeki dan kemudian saya pilih .com. Mengenai .com, anda digalakkan memilih .com untuk extension domain name.

Sekarang, klik button Click to Continue:

Sekiranya nama domain yang anda taip tadi “Unavailable”, itu bererti nama domain tersebut telah diguna pakai oleh orang lain dan anda perlu memilih nama domain yang lain. Berikut adalah contoh nama domain yang dipilih tidak boleh dibeli:

Ia menyatakan bahawa, nama domain yang dimasukkan sudah dimiliki oleh orang lain.

Teruskan dengan memasukkan nama domain lain sehingga paparan menyatakan nama domain itu boleh dibeli (Available): Contohnya adalah seperti di bawah Read more…

Share/Save

Asas Membina Blog

October 28th, 2009 Hisham Ibrahim 1 comment

Untuk membina sesebuah blog dot com sendiri, anda perlu ada beberapa keperluan asas. Di antara keperluan tersebut adalah seperti yang saya senaraikan di bawah:

  1. Domain & Hosting
  2. Perisian muat naik file seperti - “File Zilla” , “Core FTP” dan sebagainya.

Namun begitu, adakah anda tahu apakah yg dimaksudkan dengan “domain” dan juga “hosting”? Jika anda belum ketahui apakah itu domain & hosting, anda boleh membaca artikel saya ini sehingga habis.

Mengikut apa yang saya faham hasil daripada pembacaan saya di internet:

DOMAIN ialah alamat untuk laman web anda. Contohnya… domain bagi blog yang sedang anda baca sekarang ini ialah http://www.stylebiz4life.com Alamat inilah yang akan anda berikan kepada sesiapa sahaja untuk menziarahinya. Sekiranya anda menaip atau memberikan alamat yang salah, maka seseorang itu tidak akan dapat sampai ke tempat yang dimaksudkan.

HOSTING pula ialah tempat untuk menyimpan segala dat-data blog anda yang terdiri daripada file-file, gambar, lagu-lagu kegemaran anda dan sebagainya. Dengan kata lain hosting ialah tempat anda menyimpan segala keperluan anda untuk blog anda tersebut.

KESIMPULANNYA:

Domain = Alamat

Hosting = Kedai

Jika seseorang ingin membeli barangan di kedai anda, maka dia perlu menuju ke alamat yang betul. Jika alamat yang diberikan adalah salah, maka dia tidak akan sampai ke kedai anda yg mempunyai pelbagai barangan untuk dijual.

Jika anda ingin membina blog dengan nama pilihan anda sendiri, maka anda perlu mendapatkan domain dengan membelinya ( murah je ) dari mana-mana penyedia domain & hosting.

Ikuti artikel akan datang….. Cara mendapatkan Domain & Hosting dengan nama pilihan anda.

Share/Save

Categories: Blog Tags:

Berkenalan Dengan Blog

October 13th, 2009 Hisham Ibrahim No comments

Ramai yang masih tertanya-tanya bagaimana hendak membina blog. Sukar sangatkah untuk membinanya. Ramai yg berminat ingin memiliki blog dengan nama dan identiti sendiri namun tidak mengetahui caranya. Sebelum pergi lebih jauh, terlebih dahulu kita berkenalan serba sedikit dengan blog.

Apakah Itu Blog?

Blog merupakan salah satu jenis laman web. Namun ianya berbeza dari laman web biasa, artikel-artikel baru harus sentiasa ditambah dari masa ke semasa untuk menghangatkan lagi suasana di blog kita. Ada yang menulis blog setiap minggu, dan ada juga yang menulis blog setiap hari. Dalam blog juga, pembaca boleh memberikan komen dan maklum balas terhadap hasil tulisan tuan punya blog.

Kenapa Nak Buat Blog?

Tidak dapat dinafikan bahawa kini, blog lebih cepat popular berbanding laman web biasa. Jadi, lebih ramai orang yang mula untuk membuat blog dengan pelbagai tujuan, antaranya ialah:

  • Sebagai diari dan catatan harian
  • Tempat berkongsi ilmu pengetahuan
  • Tempat mencurahkan pendapat dan juga memberi komentar
  • Berbicara hal politik (Anwar Ibrahim dan Khir Toyo pun ada blog sendiri ^^)
  • Sumber menambahkan pendapatan, iaitu sebagai salah satu cara untuk buat duit online
  • Kadang-kadang blog juga digunakan sebagai tempat meluahkan perasaan yang terbuku di hati.

Read more…

Share/Save

Categories: Blog Tags:

 Powered by Max Banner Ads