FAQ
SOAL JAWAB TENTANG TRANSFER FACTOR
Pembina Daya Imun Paling Ampuh Dalam Sejarah Sains
1. Apakah itu Transfer Factor (TF)?
Ia adalah zat molekul halus yang bijak (immune IQ) yang terdapat dalam kolostrum (susu awal). Ia bertindak sebagai pemberi maklumat kepada sistem imun tubuh badan. Setiap mamalia (manusia atau haiwan) yang menyusukan anaknya akan mengalihkan kepandaian sistem imun seluruh hidupnya kepada anaknya melalui susu awal yang dinamakan kolostrum. TF adalah “Senjata Daya Imun” yang paling berharga di dalam kolostrum.
2. Apakah itu Kolostrum?
Kolostrum adalah susu awal yang terdapat dari 1 - 3 hari selepas si ibu melahirkan.
3. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘kepandaian sistem imun’?
Setiap manusia atau haiwan akan sentiasa diserang oleh berbagai jenis kuman, virus, kulat, hama, habuk, parasit dan kerosakan-kerosakan dari luar - yang mendatangkan penyakit. Sistem imun lah yang sentiasa memerangi musuh-musuh ini. Apabila musuh menyerang, gambaran rupa musuh-musuh itu akan di simpan dalam ingatan molekul halus yang dinamakan Transfer Factor. TF bertindak sebagai “kamera penyimpan maklumat-maklumat” bentuk rupa jenis-jenis kuman, virus, kulat dsb.
4. Apakah yang mendorong para saintis untuk mencari TF dalam kolostrum?
Melalui pengamatan, mereka dapati bahwa anak-anak lembu yang tidak diberi susu awal ibunya selepas dilahirkan akan mati dalam beberapa hari, walaupun terdapat banyak makanan lain yang diambilnya. Infeksi dari serangan kuman, virus dan kulat adalah sebab-sebabnya. Pengkaji dapati bahwa anak-anak lembu yang baru dilahirkan tidak mempunyai sistem ketahanan yang terbentuk dan tidak mengenali rupa-rupa jenis kuman, virus, kulat dsb. Dengan adanya TF, sistem ketahanan anak-anak lembu dapat mengenali musuh-musuhnya, lantas dapat mempertahankan diri dari serangan.
5. Apakah sejarah disebalik TF?
Pada tahun 1949, Doktor H. Sherwood Lawrence, dalam kajiannya mencari penawar penyakit batuk kering (tuberculosis), mendapati bahwa sistem imun dari seorang yang sudah pulih dari penyakit, boleh dialihkan kepada orang lain yang belum terkena penyakit tersebut. Ia gelar sistem tersebut sebagai “Transfer Factor”.
6. Apakah fungsi Transfer Factor?
a) Meningkatkan aktiviti sel “Natural Killer” ketahap 200% - 400%. Ini adalah 10-30 kali ganda lebih tinggi kekuatan peningkatan daya imun berbanding dengan segala jenis herba atau makananmakanan kesihatan yang pernah dikaji oleh sains. Sel NK adalah bahagian yang paling penting dalam sistem katahanan tubuh badan buat menentang infeksi dari penyakit. Ia meredah, mencari dan memusnahkan bentuk-bentuk infeksi dan sel-sel berpenyakit. Sel NK adalah sangat penting dalam melawan dan membunuh sel-sel kanser dan sel-sel yang berinfeksi akibat serangan virus, kuman, kulat dsb.
b) Meningkat IQ sistem imun (kebijaksaan) - TF memiliki gambaran rupa beribu-ribu jenis kumankuman perosak. Ia akan mengalihkan gambaran ini kepada sel-sel imun, supaya dapatmengenali musuh-musuh dengan cepat. TF memberikan informasi tepat supaya sel-sel imun dapat bertindak segera, menghapuskan kuman-kuman perosak, virus dan kulat, sebelum ia bertapak dan membiak didalam tubuh badan.
c) Menenangkan sistem imun yang terlalu aktif - Sistem imun yang diluar kawalan akan
menyerangkan sel-sel baik dan juga tisu tubuh badan. Ini digelar dengan “penyakit autoimmune”. Bahagian penenang TF akan menenangkan sel-sel imun apabila musuh-musuh telah berjaya diatasi, dan mengarahkan sel-sel imun ke tempat lain yang diperlukan. Bahagian penenang ini adalah sangat penting untuk penyakit-penyakit autoimmune seperti lupus, arthritis, allergy, asthma, multiple sclerosis, psoriasis dan banyak lagi.
7. Jika TF terdapat dalam kolostrum, mengapa tidak mengambil kolostrum sahaja?
TF tidak membawa pada alergi, sedangkan kolostrum mengandungi banyak antibody (protein susu yang kasar), sesuai untuk anak lembu, iaitu casein dan immunoglobulin, yang boleh membawa alergi pada manusia. TF tidak tertakluk pada mamalia tertentu, bermakna ia adalah sama mahupun dalam manusia ataupun mamalia lain. Kolostrum juga hanya mengandungi sedikit sahaja TF, dan anda harus mengambil 45,000mg kolostrum untuk mendapatkan 600mg TF. lni bermakna 1 biji TF adalah sama kekuatannya dengan 75 biji pil kolostrum.
8. Bolehkah orang-orang yang mempunyai alergi kepada susu atau ‘lactose intolerant’ mengambil TF?
Seperti yang diterangkan diatas, TF tidak membawa pada sebarang alergi, kerana ia tidak mengandungi susu, lemak susu atau gula susu (lactose). Semua itu telah diasingkan oleh sistem ekstrasi canggih milik 4Life Research. Yang terdapat didalam TF adalah pati molekul “imun IQ”.
9. Saya sedang mengamalkan makanan-makanan kesihatan lain seperti zat-zat vitamin, herba, enzyme dan lain-lain. Apakah perlu saya mengambil TF?
TF bertindak terus kepada sistem yang paling penting dalam tubuh badan manusia. iaitu sistem imun ataupun daya menentang penyakit. Tanpa daya imun, manusia tidak dapat hidup. Dengan tidak memberikan sistem imun makanan tepat yang diperlukan, sistem imun itu akan mencuri bahan-bahan yang diperlukan dari sistem-sistem yang lain kerana ia adalah fungsi yang terpenting. Makanan tambahan lain hanya memberikan zat pada sel dan organ tetapi tidak dapat memberi informasi atau kebijaksanaan kepada sistem imun untuk mengenali musuh-musuhnya. Sama juga seperti seorang yang kuat, jika bodoh atau gila, nescaya akan dapat dikalahkan juga oleh musuh-musuhnya.
10. Adakah terdapat bukti-bukti sains yang membuktikan TF dapat meningkatkan daya imun jauh lebih tinggi dari makanan kesihatan lain?
Ya! Walaupun makanan kesihatan lain mempunyai fungsi-fungsi tertentu dalam kesihatan manusia, TF memainkan peranan paling penting dalam daya melawan penyakit. Kajian sains yang dijalankan selama 7 tahun (1992- 1999) oleh Jeunesse Inc - Institute of Longevity Medicine, California, keatas 198 produkproduk terkenal didunia ini yang terbahagi kepada lebih 400 ramuan, telah membukti penemuan ini. Dalam 198 produk, cuma 46 sahaja yang dapat merangsang sistem imun dari 10% - 48%. TF dan TF+ dapat merangsang sistem imun ketahap 283% dan 437% (sila lihat laporan penyelidikan).
11. Adakah kajian TF telah dibuktikan dan disahkan oleh sains?
Sejak penyelidikan Doktor Sherwood Lawrence pada tahun 1949, terdapat lebih 3,500 laporan sains tentang kajian klinikal TF yang melibatkan beribu-ribu pakar perubatan dari seluruh dunia termasuk pakar-pakar bedah, doktor dan saintis-saintis terbilang. Penyelidikan keatas TF menelan belanja sejumlah US$40 juta.
12. Jika TF terlalu bagus dan berkesan, mengapa tidak doktor-doktor menggunakannya di klinik?
Terdapat ramai para doktor di Amerika dan Eropah yang sudah mula menggunakan dan mengesyorkan TF kepada pesakit-pesakit mereka. TF juga disenaraikan dalam buku PDR (Physicians’ Desk Reference) iaitu buku panduan dan rujukan para doktor di USA. Terdapat beribu testimoni dari pesakit-pesakit yang menggunakan TF, dan juga para doktor yang menganjurkan TF.
13. Adakah selamat menggunakan TF?
la adalah 100% selamat, asli dan tanpa sedikitpun kadar toksik. Pengkaji telah memberikan dose sehingga 2,000 kali ganda kepada sukarelawan untuk ujian klinikal dan mendapati tiada langsung kesan sampingan.
14. Adakah semua orang boleh mengambil TF?
Ya. Dari bayi yang baru lahir sehingga orang tua, boleh mengambil TF kerana ialah adalah produk kurniaan alam semulajadi.
15. Adakah informasi tentang keselamatan menggunakan TF?
Pada tahun 1980, FDA (USA) meluluskan kolostrum (susu awal lembu) dan diikuti dengan kelulusan mengambil TF dari kolostrum untuk kegunaaan manusia pada tahun 1985.
16. Siapakah yang boleh mendapat manfaat dari pengambilan TF?
Semua orang yang ingin mencegah serta merawat apa sahaja penyakit dan juga mereka yang mahukan tenaga yang lebih, perlu mengambil TF.
17. Saya cukup sihat. Apakah perlu saya mengambil TF?
TF mendidik sistem imun kita untuk mengenal dan sentiasa bersedia terhadap serangan musuh-musuh di dalam tubuh badan kita. Serangan musuh-musuh ini terjadi setiap hari di dalam tubuh badan, akibat corak kehidupan zaman ini seperti pencemaran kepada makanan, air dan udara. Pencegahan adalah lebih utama dari merawat. Kadangkala penyakit boleh merosakkan organ kita sehingga ketahap tidak dapat dipulihkan kembali. Lagipun, walaupun kita sihat, sistem imun kita terpaksa bekerja ‘overtime’
setiap hari, dalam memastikan kita tetap hidup. Ini boleh menyebabkan kita selalu berasa letih dan lesu, jika sistem ketahanan tidak mendapat TF yang secukupnya.
18. Saya sedang mengambil ubat doktor. Bolehkah saya mengambil TF juga?
Ya, boleh! TF adalah asas “sistem ketahanan asli” untuk manusia dan ia tidak bercanggah dengan apa sahaja ubat-ubatan doktor, malahan TF akan mempercepatkan proses penyembuhan seseorang itu.
19. Bolehkah wanita hamil mengambil TF?
Ya, boleh. Tidak terdapat sebarang laporan kesan sampingan dari wanita hamil yang mengambil TF. Namun begitu adalah lebih baik meminta nasihat doktor masing-masing, terlebih dahulu. Walaubagaimanapun, TF Plus tidak dianjurkan untuk wanita hamil.
20. Bagi seseorang yang tidak boleh menelan kapsul, bagaimanakah cara untuk mengambil TF Plus?
Kapsulnya boleh dibuka dan campurkan isi kandungannya kepada air, bubur atau sebarang makanan lembut.
21. Adakah TF sama seperti zat, vitamin, galian dan enzyme?
Tidak. TF adalah suplement lain dari yang lain, dan tertakluk pada jenis tersendiri. TF adalah “otak” ataupun IQ kepada sistem imun.
22. Adakah TF terlalu mahal?
Jika dibandingkan dengan daya kekuatan dan keberkesanan TF dalam merangsang sistem imun, ia adalah jauh lebih murah daripada produk-produk kesihatan lain. Contohnya, Jus Noni dan Aloe Vera merangsang sistem imun setinggi 15% sahaja dengan TF Plus yang dapat merangsang sistem imun setinggi 437 %, iaitu 29 kali ganda lebih tinggi! Jika satu botol Jus Noni, Aloe Vera berharga RM80, anda harus berbelanja RM2,320 untuk mendapat kekuatan yang sama seperti 1 botol TF Advanced Plus yang berharga RM228
23. Adakah selamat untuk mengambil lebih TF dalam sehari?
Ya, selamat. Tidak terdapat sebarang laporan kesan toksik dari pengambilan berlebihan TF.
24. Bolehkan seseorang itu mengambil lebih banyak TF Advanced Plus dari apa yang disyorkan?
Kadangkala seseorang itu perlukan dose yang lebih tinggi dalam jangka masa pendek bagi sokongan yang lebih kuat kepada sistem imun dalam menghadapi penyakit-penyakit tertentu. Cara yang terbaik untuk memulakan mengambil TF Adv Plus adalah dengan mengikut dose yang tercatit di label.
25. Bolehkan TF diambil bersama zat-zat vitamin, mineral, enzyme, ginseng, gamat atau herba2 lain?
Ya, boleh. TF tidak bercanggah dengan nutrien-nutrien lain.
26. Apakah penyakit-penyakit yang memerlukan TF?
Semua penyakit dari yang ringan seperti selsema, kepada yang berat seperti barah, sakit jantung, buah pinggang, kencing manis, bisa lutut, sawan, darah tinggi dan sebagainya, memerlukan TF. Apabila seseorang itu berpenyakit, itu menunjukkan bahwa sistem ketahanannya sudah kalah. TF akan mengejutkan dan merangsang sistem ketahanan seseorang itu untuk melawan dan mengatasi penyakit2 tersebut.
27. Mengapa lembu dipilih sebagai sumber TF?
Lembu mempunyai susu awal yang cukup banyak. TF tidak tertakluk kepada jenis tertentu, bermakna ia sesuai dan boleh digunakan oleh manusia walaupun unsurnya adalah dari mamalia lain. Lembu juga lebih terdedah pada cabaran-cabaran alam sekitaran seperti kotoran, kuman, virus, hama, kulat, habuk dan sebagainya, menjadikan sistem imunnya jauh lebih gagah dari manusia. lni bermakna TF dari unsure kolostrum lembu mempunyai banyak “pengalaman” dan “kebijaksanaan” dalam mendidik dan merangsang sistem imun.
28. Adakah kemungkinan TF atau kolostrum dicemari oleh kuman lembu gila (Mad Cow Disease)?
a) Tidak mungkin. Pakar-pakar tentang penyakit lembu gila telah mengesahkan bahwa kuman BSE (bovine spongifonn encephalopathy) tidak masuk ke saluran mammari ke kolostrum. Pemeriksaan kepada semua lembu-lembu yang diserang penyakit lembu gila tidak satu pun yang mempunyai susu yang dijangkiti. Para saintis juga mendapati bahwa kesan jangkitan kuman pada tahap terakhir berada di otak dan tulang belakang lembu. Tidak pernah terdapat susu yangdijangkiti.
b) World Health Organization (WHO) memberi kenyataan: “Ujian keatas susu dari lembu-lembu yang dijangkiti kuman BSE tidak menunjukkan sebarang jangkitan. Susu dan produk-produk yang diperbuat dari susu telah disahkan selamat dan bebas dari jangkitan sebarang kuman walaupun di negara yang mernpunyai banyak insiden penyakit lembu gila (Great Britain).”
29. Mengapa harus saya mengambil TF jika saya sudahpun menerima informasi sistem imun sewaktu saya masih bayi?
TF yang kita terima dari ibu kita sewaktu baru dilahirkan dahulu membantu sistem imun kita untuk cabaran-cabaran pada masa itu. Sekarang kita mengahapi banyak cabaran-cabaran baru sedangkan sistem imun kita semakin lemah akibat umur yang meningkat. Menguatkan sistem imun adalah tersangat penting untuk kesihatan yang berpanjangan.
30. Berapa kerap harus saya mengambil TF?
Setiap hari, tubuh badan kita menghasilkan sel-sel imun baru yang memerlukan informasi. TF harus diambil setiap hari bagi memastikan sistem imun kita sentiasa mendapat sokongan dan didikan bagi menghadapi cabaran-cabaran yang sentiasa memenuhi alam sekitaran kita. Apatah lagi dizaman sekarang dimana penyakit-penyakit baru berupa serangan virus seperti SARS, hand, foot and mouth disease, bird-flu, HIV-AIDs, semakin berleluasa. Para saintis juga telah mendapati bahwa kebanyakan penyakit-penyakit adalah berpunca mulanya pada serangan virus dan kuman. Ini termasuk penyakit kencing manis, jantung, TB, sawan, semput dan sebagainya.
31. Adakah sebarang peluang bagi syarikat-syarikat lain juga meniru dan menjual TF di pasaran?
Syarikat-syarikat lain akan sentiasa mencari jalan untuk meniru dan menjual TF kerana mereka tahu bahwa TF mempunya pasaran yang sangat luas. Tetapi, perlindungan milik hak-cipta (patent) telah diberikan hanya kepada syarikat 4Life Research sahaja di dunia ini. Ini disebabkan proses mengasingkan TF dari kolostrum yang sangat rumit telah dapat dihasilkan oleh para-para saintis di 4Life Research setelah beberapa tahun menjalankan penyelidikan dan kajian. Dan produk TF milik 4Life Research sahaja yang disertakan dalam buku rujukan dan panduan para doktor (PDR), bukan TF dari syarikat-syarikat lain. Ini bermakna hanya 4Life Research sahaja yang memiliki TF yang diakui kualiti serta keberkesanannya.
32. Adakah saya perlu mempunyai latar belakang pengetahuan sains atau ubat-ubatan untuk berkongsi sama tentang Transfer Factor?
Tidak. Konsep TF mudah diterangkan kerana ia adalah bahan asas dalam sistem ketahanan manusia. Dimana mana, manusia sentiasa mencari jawapan dalam menjaga kesihatan dan meningkatkan daya melawan penyakit (peningkatan imun). ibu, bapa, kaum remaja, kanak-kanak kecil dan mereka yang sudah lanjut usia, semuanya sedang menghadapi cabaran-cabaran yang semakin hari semakin meningkat, dalam mengekalkan kesihatan tubuh badan.
Dengan berkongsi-sama informasi yang terdapat di risalah ini, kebanyakan dari soalan-soalan akan terjawab, dan anda secara tidak langsung, telah melakukan amal kebajikan dengan menyebarkan ilmu pengetahuan yang sangat penting dalam kehidupan umat manusia, sesuai dengan hadis nabi yang berbunyi “sebaik-sebaik manusia adalah manusia yang paling banyak memberi manfaat kepada manusia lain.
Syarikat disenaraikan dalam INC 500 (profil syarikat-syarikat swasta) pada tahun 2003 sebagai syarikat MLM #1 paling pesat berkembang di USA dengan pertumbuhan 6,109%!
Memecahkan REKOD PENJUALAN setiap minggu! USA, Jepun, Korea, Mexico, Australia, New Zealand, Germany, France, Canada (akan membuka cawangan di Thailand, Brunei, Indonesia, Philippines, HK & Taiwan!)
Plan pemasaran compressed uni-level yang membayar bonus ACTUAL TERTINGGI DI DUNIA & dicipta khas supaya ahli-ahli baru & juga ahli sambilan mudah raih pendapatan tinggi dalam waktu yang singkat.
Penemuan TERBARU oleh para saintis terbilang tentang Produk Imun (pembina daya lawan penyakit) yang TERHEBAT di dunia, dengan kekuatan melebihi 500% dari lain-lain produk kesihatan yang pernah dikaji oleh dunia sains sebelum ini.
PRODUK UNIK TANPA SAINGAN - BUKAN vitamin, galian, enzim, herba, madu, hormon atau dadah. PATENT EKSKLUSIF SELAMA 20 TAHUN - U.S 4816563 (Perlindungan Hak Cipta) & PRODUK TIDAK TERDAPAT DIPASARAN atau dari lain-lain MLM kecuali dari SYARIKAT INI SAHAJA! Produk disenaraikan dalam PDR (Physicians Desk Reference) iaitu BUKU RUJUKAN yang digunakan oleh para doktor di klinik & juga hospital untuk merawat para pesakit. Lebih 3,500 LAPORAN SAINS & UJIAN KLINIKAL serta pengesahan tentang KEHEBATAN produk oleh para saintis & doktor terbilang di dunia.
Produk telah mendapat SIJIL HALAL & KELULUSAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA.
1970an Era - Vitamin / mineral
1980an Era - Herba
1990an Era - Antioksidan
2000an ERA SISTEM IMUN



















