Panduan Membeli Domain & Hosting
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera
Pada post kali ini saya akan berkongsi pengalaman berkenaan dengan cara-cara untuk membeli nama domain dan hosting. Ramai di kalangan kita yang tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan domain dan hosting. Semoga dengan perkongsian ini, sedikit sebanyak dapat memberi impak yang baik kepada sesiapa yang ingin memiliki domain dan hosting sendiri. Ikutilah langkah-langkah di bawah:
Panduan ini adalah untuk membeli NAMA DOMAIN (Alamat) bersama dengan HOSTING (Kedai).Ada Pelbagai Sayrikat yang menyediakan perkhidmatan seumpama ini. Namun, saya mencadangkan dan menggalakkan anda membelinya dengan syarikat NetKL.com kerana support yang mereka berikan amat memuaskan.
Sebelum anda bermula, pastikan anda mempunyai modal sebanyak RM60.00 untuk membuat pembelian nama domain dan Hosting.
Sila ke laman web NetKL dahulu dan kemudian ikuti langkah demi langkah yang ditunjukkan di laman web Panduan Pembelian ini. Klik di sini untuk ke laman web NetKl.com.
Langkah 1: Pilih Pakej Hosting
Setelah anda memasuki laman web NetKL.com, anda akan dipaparkan dengan paparan seperti di bawah dan sila klik “Sign Up Now”:

Seterusnya anda akan dipaparkan dengan empat pilihan hosting yang perlu anda pilih. Sebagai permulaan, saya mencadangkan agar anda membeli Hosting Pakej Basic dahulu. Ia sudah memadai untuk permulaan. Kos untuk Pakej Basic adalah sebanyak RM60.00 setahun dan anda akan diberikan satu domain name percuma untuk selama-lamanya selagi anda renew hosting setiap tahun.sila klik button “OrderNow” .

Langkah 2: Menentukan Nama Domain
Anda akan dipaparkan dengan bahagian berikut:

Pilih I want NetKL Network to register a new domain for me:
Kemudian, masukkan nama domain yang anda mahu beli.

Sebagai contohnya, saya taip nama janarezeki dan kemudian saya pilih .com. Mengenai .com, anda digalakkan memilih .com untuk extension domain name.
Sekarang, klik button Click to Continue:
Sekiranya nama domain yang anda taip tadi “Unavailable”, itu bererti nama domain tersebut telah diguna pakai oleh orang lain dan anda perlu memilih nama domain yang lain. Berikut adalah contoh nama domain yang dipilih tidak boleh dibeli:

Ia menyatakan bahawa, nama domain yang dimasukkan sudah dimiliki oleh orang lain.
Teruskan dengan memasukkan nama domain lain sehingga paparan menyatakan nama domain itu boleh dibeli (Available): Contohnya adalah seperti di bawah Read more…
Asas Membina Blog
Untuk membina sesebuah blog dot com sendiri, anda perlu ada beberapa keperluan asas. Di antara keperluan tersebut adalah seperti yang saya senaraikan di bawah:
- Domain & Hosting
- Perisian muat naik file seperti - “File Zilla” , “Core FTP” dan sebagainya.
Namun begitu, adakah anda tahu apakah yg dimaksudkan dengan “domain” dan juga “hosting”? Jika anda belum ketahui apakah itu domain & hosting, anda boleh membaca artikel saya ini sehingga habis.
Mengikut apa yang saya faham hasil daripada pembacaan saya di internet:
DOMAIN ialah alamat untuk laman web anda. Contohnya… domain bagi blog yang sedang anda baca sekarang ini ialah http://www.stylebiz4life.com Alamat inilah yang akan anda berikan kepada sesiapa sahaja untuk menziarahinya. Sekiranya anda menaip atau memberikan alamat yang salah, maka seseorang itu tidak akan dapat sampai ke tempat yang dimaksudkan.
HOSTING pula ialah tempat untuk menyimpan segala dat-data blog anda yang terdiri daripada file-file, gambar, lagu-lagu kegemaran anda dan sebagainya. Dengan kata lain hosting ialah tempat anda menyimpan segala keperluan anda untuk blog anda tersebut.
KESIMPULANNYA:
Domain = Alamat
Hosting = Kedai
Jika seseorang ingin membeli barangan di kedai anda, maka dia perlu menuju ke alamat yang betul. Jika alamat yang diberikan adalah salah, maka dia tidak akan sampai ke kedai anda yg mempunyai pelbagai barangan untuk dijual.
Jika anda ingin membina blog dengan nama pilihan anda sendiri, maka anda perlu mendapatkan domain dengan membelinya ( murah je ) dari mana-mana penyedia domain & hosting.
Ikuti artikel akan datang….. Cara mendapatkan Domain & Hosting dengan nama pilihan anda.
Berkenalan Dengan Blog
Ramai yang masih tertanya-tanya bagaimana hendak membina blog. Sukar sangatkah untuk membinanya. Ramai yg berminat ingin memiliki blog dengan nama dan identiti sendiri namun tidak mengetahui caranya. Sebelum pergi lebih jauh, terlebih dahulu kita berkenalan serba sedikit dengan blog.
Apakah Itu Blog?
Blog merupakan salah satu jenis laman web. Namun ianya berbeza dari laman web biasa, artikel-artikel baru harus sentiasa ditambah dari masa ke semasa untuk menghangatkan lagi suasana di blog kita. Ada yang menulis blog setiap minggu, dan ada juga yang menulis blog setiap hari. Dalam blog juga, pembaca boleh memberikan komen dan maklum balas terhadap hasil tulisan tuan punya blog.
Kenapa Nak Buat Blog?
Tidak dapat dinafikan bahawa kini, blog lebih cepat popular berbanding laman web biasa. Jadi, lebih ramai orang yang mula untuk membuat blog dengan pelbagai tujuan, antaranya ialah:
- Sebagai diari dan catatan harian
- Tempat berkongsi ilmu pengetahuan
- Tempat mencurahkan pendapat dan juga memberi komentar
- Berbicara hal politik (Anwar Ibrahim dan Khir Toyo pun ada blog sendiri ^^)
- Sumber menambahkan pendapatan, iaitu sebagai salah satu cara untuk buat duit online
- Kadang-kadang blog juga digunakan sebagai tempat meluahkan perasaan yang terbuku di hati.
Bina Blog Sendiri
Assalamualaikum
Alhamdulillah kerana diberi kesempatan dan nikmat oleh Allah Taala, maka pada tahun ini masih lagi dapat menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua.
Pada post kali ini, ingin saya ceritakan serba sedikit tentang blog yang saya bina sendiri ini berpandukan Ebook “Pakej Kit Blogger”. Sudah agak lama saya membeli ebook ini cuma tiada masa terluang untuk membaca dan mempraktikkan ilmu yang ada di dalamnya.
Ternyata “Pakej kit Blogger” ini amat berkesan bagi sesiapa yang ingin membina blog dot com sendiri. Buktinya…. dalam masa tak sampai seminggu saya mampu menyiapkan blog ini ( itu pun tidak dibuat sepenuh masa ). Kalau betul-betul tumpukan kepada apa yg diajar dalam “Pakej Kit Blogger” ini, saya rasa dalam sehari saja blog ini dapat disiapkan. Tetapi oleh kerana tugasan rutin harian wajib dilaksanakan, maka ianya mengambil sedikit masa untuk disiapkan.
Memang “Pakej Kit Blogger” ini mudah untuk difahami kerana ianya ditulis dalam Bahasa Malaysia, jadi tiada masalah bagi mereka yang lemah dalam Bahasa Ingeris untuk membina blog sendiri. Apa yang perlu ialah ikuti step-step yang telah ditetapkan melalui pakej tersebut. Bagi sesiapa yang berminat untuk membina blog dot com sendiri, inilah peluangnya. Anda boleh dapatkan “Pakej Kit Blogger Di Sini”
Apakah Fungsi Transfer Factor?
a) Meningkatkan aktiviti sel “Natural Killer” ketahap 200% - 400%. Ini adalah 10-30 kali ganda lebih tinggi kekuatan peningkatan daya imun berbanding dengan segala jenis herba atau makananmakanan kesihatan yang pernah dikaji oleh sains. Sel NK adalah bahagian yang paling penting dalam sistem katahanan tubuh badan buat menentang infeksi dari penyakit. Ia meredah, mencari dan memusnahkan bentuk-bentuk infeksi dan sel-sel berpenyakit. Sel NK adalah sangat penting dalam melawan dan membunuh sel-sel kanser dan sel-sel yang berinfeksi akibat serangan virus, kuman, kulat dsb.
b) Meningkat IQ sistem imun (kebijaksaan) - TF memiliki gambaran rupa beribu-ribu jenis kumankuman perosak. Ia akan mengalihkan gambaran ini kepada sel-sel imun, supaya dapatmengenali musuh-musuh dengan cepat. TF memberikan informasi tepat supaya sel-sel imun dapat bertindak segera, menghapuskan kuman-kuman perosak, virus dan kulat, sebelum ia bertapak dan membiak didalam tubuh badan.
c) Menenangkan sistem imun yang terlalu aktif - Sistem imun yang diluar kawalan akan
menyerangkan sel-sel baik dan juga tisu tubuh badan. Ini digelar dengan “penyakit autoimmune”. Bahagian penenang TF akan menenangkan sel-sel imun apabila musuh-musuh telah berjaya diatasi, dan mengarahkan sel-sel imun ke tempat lain yang diperlukan. Bahagian penenang ini adalah sangat penting untuk penyakit-penyakit autoimmune seperti lupus, arthritis, allergy, asthma, multiple sclerosis, psoriasis dan banyak lagi.
7. Jika TF terdapat dalam kolostrum, mengapa tidak mengambil kolostrum sahaja?
TF tidak membawa pada alergi, sedangkan kolostrum mengandungi banyak antibody (protein susu yang kasar), sesuai untuk anak lembu, iaitu casein dan immunoglobulin, yang boleh membawa alergi pada manusia. TF tidak tertakluk pada mamalia tertentu, bermakna ia adalah sama mahupun dalam manusia ataupun mamalia lain. Kolostrum juga hanya mengandungi sedikit sahaja TF, dan anda harus mengambil 45,000mg kolostrum untuk mendapatkan 600mg TF. lni bermakna 1 biji TF adalah sama kekuatannya dengan 75 biji pil kolostrum.
8. Bolehkah orang-orang yang mempunyai alergi kepada susu atau ‘lactose intolerant’ mengambil TF?
Seperti yang diterangkan diatas, TF tidak membawa pada sebarang alergi, kerana ia tidak mengandungi susu, lemak susu atau gula susu (lactose). Semua itu telah diasingkan oleh sistem ekstrasi canggih milik 4Life Research. Yang terdapat didalam TF adalah pati molekul “imun IQ”.




















