Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Saya telah menyiapkan sebuah ebook yang bertajuk “Panduan Membeli Domain & Hosting”
Ebook ini adalah PERCUMA untuk sesiapa saja yang ingin mendapatkan nama domain sendiri
Anda boleh mendownloadnya di sini atau klik pada ecover di bawah
Ebook ini boleh disebarkan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan panduan membeli nama domain
Semoga ianya akan memberi manafaat kepada anda yang memerlukannya

Share/Save
Untuk membina sesebuah blog dot com sendiri, anda perlu ada beberapa keperluan asas. Di antara keperluan tersebut adalah seperti yang saya senaraikan di bawah:
- Domain & Hosting
- Perisian muat naik file seperti - “File Zilla” , “Core FTP” dan sebagainya.
Namun begitu, adakah anda tahu apakah yg dimaksudkan dengan “domain” dan juga “hosting”? Jika anda belum ketahui apakah itu domain & hosting, anda boleh membaca artikel saya ini sehingga habis.
Mengikut apa yang saya faham hasil daripada pembacaan saya di internet:
DOMAIN ialah alamat untuk laman web anda. Contohnya… domain bagi blog yang sedang anda baca sekarang ini ialah http://www.stylebiz4life.com Alamat inilah yang akan anda berikan kepada sesiapa sahaja untuk menziarahinya. Sekiranya anda menaip atau memberikan alamat yang salah, maka seseorang itu tidak akan dapat sampai ke tempat yang dimaksudkan.
HOSTING pula ialah tempat untuk menyimpan segala dat-data blog anda yang terdiri daripada file-file, gambar, lagu-lagu kegemaran anda dan sebagainya. Dengan kata lain hosting ialah tempat anda menyimpan segala keperluan anda untuk blog anda tersebut.
KESIMPULANNYA:
Domain = Alamat
Hosting = Kedai
Jika seseorang ingin membeli barangan di kedai anda, maka dia perlu menuju ke alamat yang betul. Jika alamat yang diberikan adalah salah, maka dia tidak akan sampai ke kedai anda yg mempunyai pelbagai barangan untuk dijual.
Jika anda ingin membina blog dengan nama pilihan anda sendiri, maka anda perlu mendapatkan domain dengan membelinya ( murah je ) dari mana-mana penyedia domain & hosting.
Ikuti artikel akan datang….. Cara mendapatkan Domain & Hosting dengan nama pilihan anda.
Share/Save